Saturday, November 22, 2014

Kembara Solo India : Sonamarg Kashmir


Keindahan Sonamarg menggamit kalbu

10/3/2012 
Lepas solat subuh, guling guling dalam bilik dan tepat jam 7 pg keluar keberanda melihat suasana pagi Dal Gate, agak tenang berbanding di Delhi. Pada jam 8 pg, salji mulai menitis membuat hatiku berbunga, berlari aku menadahnya, pertama kali dalam hidup menyaksikan ciptaan Allah ini, jika anak-anak bersama-samaku pasti mereka akan terlebih gembira. Jam 8.20 pg salji berhenti dari menitis... kenapa ye..



Dari beranda houseboat ..salji menitis..

Setelah sarapan, tepat jam 9.35pg kami bertolak ke Sonamarg dengan sebuah pacuan empat roda yang terletak kira kira 95 km dari Dal Gate Srinagar. Dalam perjalanan ke Sonamarg mata disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang berbagai bentuk, rupa dan warna. Kita akan melalui kawasan berbukit, sawah, gunung dan macam macam lagi.







Gambar yang cukup mahal bagi aku, cuba lihat wanita yang paling depan tu junjung apa

Setelah dua jam perjalanan kami pun sampai ke tempat yang dituju, sampai aje kat sini, pakcik houseboat terus call member dia. Rupanya member dia pengusaha kuda dan mereka cuba dan telah menipu aku untuk menunggang kuda dan bermain slice dengan harga rp 2100, mak oii mahalnya, mulanya aku tidak mahu.. tapi lama kelamaan aku setuju saja. Hati memang tidak seronok dengan keadaan ini namun percutian akan hilang seri, nak tak nak kena belajar untuk meredhai. 


Selepas beberapa ratus meter manaiki kuda, maka kita akan sampai ke tapak untuk bermain slice dan ski. Jadi kalau nak jimat duit tak payah naik kuda sebab berjalan dekat saja ke sana tu. Sampai saja di tapak permainan tu, perasaan agak gembira bila melihat suasana disitu.



Main slice perlu pakai drebar jika tidak, terlajak masuk gaung, kerana curam disini agak dalam, bahaya betul..




Puas hati dapat main ski, harganya rp 500 tapi dapat 450 bayar asing dengan yang tadi, kopak la juga hari ni. Walaupun sejuk, rasa berpeluh jugak main benda ni..





Habis gaya aku cuba, gaya hero hindustan hero mat saleh. macam macam melentang, meniarap, guling guling semua ada, maklumlah negeri ambe Kelantan tak de benda nih. Insya Allah suatu hari aku akan bawa anak anak main salji...

Tinggal dulu Sonamarg, penat menempuh perjalanan, balik rumah makan dan tidur.. bersambung

Kembara Solo India: Dal Lake Kashmir


Assalamualaikum... Malam ni terasa nak update cerita lama yang tertangguh sekian lama, maklumlah hari ni hari last persekolahan untuk tahun 2014 dan esok kita cuti.....
Sebenarnya aku agak sibuk sehari dua ni kerana sedang menguruskan dua "percutian" seminggu dua lagi, pertama Trip Jakarta Bandung pada 27-30/11/14 ni seramai hampir 30 orang yang aku kena urus, kedua pada 3-12/12/14 Trip Cairo - London- Paris - Rome yang ni small group je lah. Semenjak dua menjak ni bila dah banyak lihat tempat orang maka terbuka pula hati untuk membawa / mengurus perjalan orang lain, ala-ala travel gitu, tapi totally aku urus sendiri dan dibantu seorang sahabat. Setakat ni beberapa trip telah aku urus antaranya, satu bas ke Ho Chi Mint, dua kali ke Turki termasuk membawa Wakil Rakyat selangor main salji..he he... dan lain lain. Sebenarnya aku agak serius menguruskan travel sendiri sendiri ni... Apa pun sebagai kenangan, aku sambung kisah di Kashmir..

9/3/12  Dal Lake Sri Nagar

Setelah penat nego harga dengan pakcik houseboat, aku pun dibawa untuk Syikara Tour. Alah... perahu dalam tasik spt gambar kat atas tu. Dal lake ni amat cantik, luas dan indah berlatarbelakangkan banjaran Himalaya, menakjubkan. Banyak terdapat Houseboat Deluxe dalam ni, bukan yang macam houseboat aku punya le. 




Syikara dia pulak macam macam warna ada, kalau nak tengok boleh tengok pakcik youtube punya, samaada dilakonkan oleh hero hindustan dulu dulu atau pun zaman moden... Apa pun anda terasa seperti maharaja sambil menghirup udara segar dan mendengar kicauan burung dan terlebih indah jika orang tersayang berada disisi. Namun jika faktor cuaca pasti orang tersayang ambe pun tak sanggup, sebab angin segar sesekali kencang bersama kedinginan yang mencucuk tulang hitam... 


Siap berselimut bagai.... harga untuk pusing Dal Lake dengan Syikara ni dalam Rp 150 kot kalau off season, tapi trip ni di bayar oleh pakcik houseboat aku. Cuma aku nampak note kecil aje yang dia bayar kat drebar syikara tu...he he.. geng dia kot. 


Pemandangan Dalam Tasik 

Nehru Park ditengah tasik, berhenti menghirup udara segar


Mamat mana la yang sanggup main benda tu, jenis kalis sejuk kut. aku nak sentuh air pun menggigil


Siap ada fastfood lagi kat tengah Dal lake, tapi masa ni dah tutup


Ini rupa syikara yang kurang sikit menariknya..he he. Dal Lake oh Dal Lake, aku terkenang akan dirimu



Bermacam kedai ada kat dalam Dal Lake nih, gambar di atas antaranya.

Sebelum berakhir Syikara Tour, kita pasti dibawa ke mana-mana kedai dalam Dal Lake, biasalah dia orang dah deal dah siap siap nanti nak 'sembelih' kita. Nak tak nak setelah berkali kali aku di 'goda', terbeli la jugak tiga benda. Dua helai Selendang berharga rp 450 & 250. Tapi kat darat boleh dapat rp 150 je yang 250 tu, toing....toing... terkena... Satu lagi aku sambar sarung tangan berharga rp 200 dan sampai sekarang elok lagi dah dua kali ke turki dan akan ke UK nanti pakai yang tu aje, cuma kalau terlalu sejuk tak tahan jugak lah.. apa pun lapar sudah..


Bila dah penat bersyikara, aku dibawa ke Hotel Darbar untuk makan, rupanya Hotel kat india ni belum tentu hotel sebab boleh jadi ia hanya tempat makan/ restoren sahaja. Cuma dipanggil saja hotel, termasuk lah yang ni.. 

Apa pun makanan dia memang terbaik. Aku order mutton briyani dan pakcik tu order mutton kabab. pergh,,, Ya Allah. sedap sampai menjilat jari. Tidak pernah aku makan briyani sesedap itu walaupun di Delhi dan tempat lain di india, lagi lah kalau di Malaysia. Lepas tu apa lagi..tiap-tiap malam aku makan kat situ.
satu kelemahan kedai kat Kashmir bahkan di india ialah sukarnya untuk mendapat minuman panas, kebanyakannyaa air gas atau air minerel botol, tak lalu nak telan bos,,, sejuk...macam air dalam peti ais kat negara kita, beku sampai kedalam perut. "garam pani' hampeh "nehi' sampai kesudah...


Pencuci Mulut

Kebiasaannya selepas orang Kashmir makan, mereka akan kemam benda ni, apa kenama dah..aku pun lupa. Dikatakan herba ini dapat meneutralkan balik apa yang kita makan berpinggan pingan tadi....ooo patutlah, rasanya boleh tahan lah.. kecil aje bendanya..


Beradu time, sedang memanaskan badan di bilik tidur

Bila dah makan kenyang, tibalah masanya untuk mengumpul tenaga. Nasib baik juga lah duduk kat boat ni, ada juga alat pemanas, walaupun agak tradisional tapi ia cukup bermakna...negatif ter ...



Kelemahan benda ni ialah, ianya di jana dengan kayu apiiiiii, kalu habis kayu api sejuk lah kita....

Asap disalur keluar tingkap, tak de le lemas 

Keadaan ini berbeza jika kita tinggal di houseboat deluxe atau hotel berbintang, kerana sistem pemanas mereka agak canggih dan mencukupi, lantak lah labu, aku dah nak tido nih. Hotel murah pun tak ade ape ape, jiran bilik sebelah pun tido dalam sejuk aje, mandi pun guna air sejuk aje. Untuk makluman, houseboat aku ni ada dua bilik dan satu ruang tamu, dan satu dapur, jadi bilik sebelah ni disewa oleh seorang lelaki india dari selatan dengan harga murah jadi tiada bilik panas dan air panas untuknye. Kesian..apa pun kita tido dulu... 
Sebelum beradu sempat call anak isteri di Malaysia, guna simkad yang diberi ashok, anak pakcik bot . Simkad Malaysia tak boleh digunakan di Kashmir kerana kawasan ini bergolak kan, sama macam di tiga wilayah selatan Thai le....Alhamdulillah dapat melepaskan rindu. bersambung....

SYUKUR ALHAMDULILLAH WALAUPUN MALAYSIA PANAS

Flight Delhi-Srinagar return : rp 7,007

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??