Monday, February 15, 2016

Kembara Solo India : Delhi To Chennai



Salam, Namaste. malam ni rasa nak sambung kisah kembara solo India, kalau larat nak bagi last malam ni, sebab dah empat tahun tertunggak...

16/3/2012 Delhi To Chennai

Hari ni aku akan bertolak ke Chennai. Selesai sarapan, aku merayau ke Chandni Chowk. Chandni Chowk ni terlalu hampir dengan Masjid Jama', belakang hotel aku tidur je. Pengalaman di Chandni Chowk semestinya tidak dapat dilupakan. Anda dapat menemui apa sahaja di sini. Ia bukan sahaja sebuah pasar tetapi mewakili seluruh warna kehidupan rakyat India. Jika anda sanggup, silakan masuk ke dalam sejauh jauhnya. Masa amat terbatas kerana aku terpaksa bergegas ke Airport untuk ke Chennai. Sedangkan pada waktu itu bilal sedang melaungkan azan jumaat, pastinya aku tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama merasai pengalaman solat jumaat disini.

Hairan di hati ini, bagaimana langkah ku terbantut ketika melangkah ke Masjid Jama' dari Chandni Chowk, dek ramainya manusia, tetapi bila ku menaiki beca roda tiga, ia dapat dipecut dengan laju seolah-olah didepannya tiada manusia yang ramai tadi. Ajaib, rupanya beca roda tiga diberi keutamaan untuk "memecut".



Alhamdulillah, sempat solat jumaat disini, jangan lupa untuk melalui pintu "scan' keselamatan di bawah ye sebelum menapak menaiki tangga. Selesai solat, bergegas ke hotel, mengambil bag dan chek out menuju ke airport. Kali ini aku memilih untuk menaiki Auto. Pilihan yang salah,,,!!. adoi..

Auto dipilih kerana harga lebih murah berbanding teksi dan tidak perlu berjalan ke jalan besar, turun hotel terus ada auto. Namun pilihan ini silap, kerana dipertengahan jalan, auto ini semput semput dan tidak mampu memecut laju, berderau darah aku, dah la fligh ke Chennai jam 4.20 ptg dan perlu chek ini terlebih awal. Pemandu auto berhenti isi petrol pulak, kenapa la time ni kau nak isi minyak, siap mintak duit nak isi minyak lagi. Jalan sekejap, auto masih semput semput, beliau berhenti untuk ketuk ketuk kepala bateri. mau aje aku ketuk ketuk kepala pemandu ni.. adoi... kalau terlepas flight, lari le bajet aku...

Aku semakin berdebar kerana sudah kesuntukan masa. Menyesal dan mula menyalahkan diri sendiri sebab salah pilih kenderaan dengan time yang ada...macamana ni..bahasa hindi, tamil semua keluar dari mulut aku suruh dia pecut lagi laju.. dia hanya menggoyangkan kepala tanda ok, tapi autonya macamtu je,,tak boleh pecut.,Ya Allah..

Sampai satu kawasan, pemandu auto suruh aku turun, katanya aku harus naik bas untuk ke kawasan airport, kerana auto tidak dibenarkan memasuki kawasan airport, arrrgh...kenapa kau tak cakap awal-awal bhai... kalau tahu, aku ambil teksi la.. Dengan perasaan kecewa dan agak marah aku turun dari auto, lepas bayar aku terus lompat naik bas, bas ni free je..aduh,, letih. selepas beberapa minit bas mula bertolak, kena berdiri pulak tu.

Sampai di airport, selepas melalui pemeriksaan keselamatan, bergegas cari kaunter chek in, selagi belum chek in selagi itu belum tenang. Setibanya di kaunter, tiba-tiba..........ohhh. aku hanya mampu ucap...
Alhamdulillah, aku masih sempat chek in rupanya. he he. rehat kejap, melepaskan lelah.

Perjalanan aku selama empat jam ke Chennai menggunakan flight Jet Airways. Sejuk mata memandang, para pramugari dan pramugara yang cantik dan hensom, muda muda beza dengan Air India yang aku naik sebelum ni. Itu bukan point sebenarnya. Pointnya ialah, walaupun cantik dan hensom tetapi pakaian mereka Masyaallah, tidak seksi, sopan dan kemas. Pramugarinya siap pakai kemeja panjang berwarna putih, berbutang dilengan dan dileher, jauh beza dengan flight dari Malay yang "Hot" tu.. semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang bertanggungjawab di negara kita untuk membetulkan keadaan itu.

Flight ini singgah sekejap di Bengalore atau Bengaluru untuk menurunkan penumpang, ada juga penumpang baru yang naik disini. Hampir jam sembilan malam, sampailah di Chennai.  Oleh kerana tak nak pening pening dan badan sudah penat, aku terus ke Kaunter Govt. Of Tamil Naidu Tourist Information Center untuk bertanya hotel murah yang berhampiran dengan Terminal Kamaaraj Domestic. Staff disitu terus menelifon seseorang dan dua kali goyang kepala, dia kata ada hotel rp 1000 untuk satu malam, aku kata tak mahu. Only 500 sahaja yang aku mahu. Dia goyang goyang lagi kepala sambil bercakap dengan fon, last sekali dia sebut rp700 termasuk ambil dan hantar ke airport. Aku terus setuju.

Aku dibawa ke hotel murah Navan Accommodation di #9. Mosque Street, Pallavaram. Chennai - 43. Syukur pada Allah kerana kawasan ini kawasan penempatan orang Islam, ada masjid dan kedai makan halal. 15 langkah dah sampai masjid. Tidur, subuh esok nak merasa berjemaah di negeri Tamil Naidu pula.

17/3/2012  Chennai @ Madras


Kawasan hotel

Pagi ni gagal ke masjid, tak sempat, solat di hotel je. Lepas bangun tidur kali kedua, Jalan ke kedai makan yang terletak beberapa langkah dengan hotel, hanya roti nan berkuah kacang dal sahaja yang aku mampu telan yang lain tak berselera nak telan, lain tahun ye. Lepas makan, mandi dan bersiap siap untuk pusing pusing bandar Chennai, aku perlu pantas kerana jam enam petang akan berlepas balik Malaya pula, maknanya hari ni adalah hari terakhir aku berada di bumi India secara solo dan tolol.

Aku menahan sebuah auto untuk kepusat bandar, tapi aksen la pulak tak nak berenti. last sekali sebuah auto ni berhenti, aku kata nak ke pusat bandar atau ke T Nagar, kerana kat situ kain kain segala bagai teramat murah, pemandu ni dapat berbahasa Inggeris dengan baik, beliau manawarkan perkhidmatan ronda ronda sekitar bandar dengan harga berapa ntah, aku pun dah lupa. Aku setuju aje.

Di separuh perjalanan beliau meminta pendahuluan sebanyak rp 300 kalau tak silap, dengan duit itu beliau telah berhenti untuk mengisi minyak dan beliau meminta izin untuk kerumahnya sekejap, aku goyang kepala tanda ok. Rupa rupanya beliau pulang kerumah untuk memberikan wang tambang pendahuluan aku tadi kepada isterinya buat dibeli makanan mereka sekeluarga pada hari itu, sayu dan cukup terasa. Kehidupan mereka disini cukup dhaif. Banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan.

Antara tempat yang sempat aku lawati ialah:

Government Museum Chennai


Bayaran masuk ke muzium ni sebanyak rp 250, senget bhai ko amik gambar aku..



Muzium ini bermula pada 1851 dan yang kedua tertua di India selepas muzium di Kolkata





Marina Beach



Chennai juga pernah terkena tsunami pada 2004, kesannya masih dapat dilihat.

sempat membeli ole ole disini


Pusing Pusing




Last sekali nak ke T Nagar, tapi mamat ni bawa ke kedai member dia, dimana entah, tapi aku tak nak turun. aku nak ke T Nagar, last sekali aku kata balik hotellah, penat sangat, cuacapun terlalu panas. Lagipun jam 6 ptg akan bertolak ke Malaya kan, balik bersiap siap dulu. Lepas mandi dan bersiap siap, bertolak ke airport. Tepat jam 6 ptg flight Air Asia meluncur meninggalkan bumi India, pekena nasi lemak atas awan biru, ohh rindunya. Jam 12.30 pg mendarat di lcct.

Sekian saja Kembara Solo India :  Kochi - Delhi - Kashmir - Agra Taj Mahal - Chennai. 11 hari di bumi India iaitu pada 7-17/3/12 semoga dikurniakan rezki oleh Allah untuk kembara solo India kali kedua, di belahan Rajastan dan lain lain di bumi India .. Incredible India.  

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRI MU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??