Sunday, April 10, 2016

Kembara Solo India : Tips & Scam


Assalamualaikum hari ni terasa nak tutup dah kisah Kembara Solo India ni, memandangkan banyak kisah lain yang tertangguh. Lagipun 3 minggu lepas aku baru balik dari manila dan mindanao, tapi takpe lah aku tambah sikit tentang tip dan scam di bumi india ni. Berdasarkan pengalaman aku aje ye; lain punya scam banyak lagi:

1. Visa kena ada, boleh rujuk post aku yang pertama tentang kembara solo india, isi borang dan tulis nama hotel sekali, jgn lupa juga bayarannye.
2. Bila naik teksi cakap kita pernah datang dua atau 3 kali, tak de lah dia nak kelentong sangat. Kalau boleh kata ada kenalan atau kawan di tempat kita nak pergi tu, bagi tahu nama dan kerja sekali, rekalah, suka hati lah.
3. Pemandu teksi cuba bagi tahu tentang rules sewaan harian yang sememangnya tak wujudpun, contoh kalau sewa hari mesti tidak lebih lapan jam atau 80km sahaja. Kalau lebih, caj lain akan dikenakan.
4. Elakkan menerima pelawaan pemandu teksi untuk ke hotel "yang bagus" " murah" dan dia kenal sbb kos harga hotel meningkat kerana dia akan dapat komisyen.
5. Jangan terima permintaan pemandu teksi untuk ke kedai barangan cenderahati kerana dia akan dapat komisyen diatas harga yang akan di up kan. Tapi aku dulu lepas dia pujuk berkali kali, aku letak syarat nanti kau belanja aku makan tengah hari. Dapat le beryani he he, padahal aku tak beli apa apa pun, dia boleh dapat rp500.
6. Nak masuk airport kena tunjuk tiket atau ape ape bukti, bukan macam negara kita kat dalam baru diminta, di india ni nak masuk airport dah minta.
7. Nak makan sila pilih kedai ye, pilihlah yang bersih jangan main bedal je.
8. Kashmir pula, hotel murah-murah ada di Dal Gate Srinagar, tempt lain pun banyak tapi aku tak tahu. Hati hati kalau nak menginap di houseboat, nanti lain gambar ditunjuk lain houseboat diberi.
9. Elakkan mengambil pakej melawat dengan owner houseboat, ambil dengan travel ejen ada di Dal gate.
10. Atau sewa kereta sebiji di Dal Gate sekali dengan pemandu untuk ketempat lawatan, boleh juga naik kereta sewa bersesak sesak untuk ke lokasi, lagi murah. Boleh dapatkan di Dal Gate juga, semuanya berdekatan dgn Dal lake. tepi tepi tu aje.
11. Kalau naik syikara pusing Dal lake, jangan shoping atas boat atau kat dalam tasik, kerana harga berganda berbanding di darat.
12. Kalau ketempat lawatan, ke Sonamargh katakan, jangan deal harga kuda & permainan dengan pemandu atau orang yang bawa kita tu, cakap aje saya nak tengok tengok dulu, bila sampai di sonamargh jalan jauh sikit, bolehlah deal dengan pemilik kuda untuk naik kuda atau main slidge, main slidge disini bahaya. Jalan kaki pun boleh ke tempat main salji, dekat aje. Tapi Sonamargh ni tak payah pergi pun takpe, Pergi Gulmarg & Pahalgam aje.
13. Kalau Pahalgam, harga naik kuda dsbgnya dah terpampang di billboard, di sini sesuai main slidge, sebab tidak merbahaya kerana tidak ada gaung yang curam.
14. Buangkan rasa sopan ketika membeli tiket untuk naik gondola di Gulmarg, alamatnya sampai kebesokpun tak boleh naik lagi. Tapi tengoklah keadaan, kalau semua orang beratur, baguslah, tapi kalau berebut rebut silakan berebut rebut. lainlah kalau sanggup bayar mahal untuk orang tempatan tolong berebut rebut.
15. Kalau nak beli safron di kashmirlah tempatnya, tapi beli sendiri di kedai jangan suruh atau deal dengan orang lain (pemandu atau tuan houseboat).
16. Line fon yang di roaming tak boleh digunakan disini ye, sama seperti di Selatan Thai. Hatta kalau beli sim di Delhi pun tak boleh, dia orang block. kena beli sim di Srinagar ye. Aku dulu tak beli pun.
17. Beringat dan terus beringat kerana setiap orang akan mencari peluang untuk mendapatkan duit kita.

Cukuplah, dah penat... Sekian dulu kisah Kembara Solo India. Posting akan datang akan tulis pengalaman ke tempat lain yang tertangguh berkurun lamanya.

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI 

1 comment:

  1. TERBAEKKKKKK! INFO YANG AMAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??