Monday, February 20, 2017

Memandu Ke Bangkok: Prachuap Khiri Khan - Dan Singkhon - Bangkok


Assalamualaikum, bersambung part 2: 

2/6/2012 Prachuap Khiri Khan - Dan Singkhon (sempadan Thai Myanmar) - Bangkok (340 km)

Pagi ni terus ke Dan Singkhon iaitu sebuah Central Market di sempadan Thai Myanmar, tempatnya menarik kerana sesuai untuk cuci mata, ada menjual barang ukiran kayu, kerusi meja, batu permata zamrud, orkid, semuanya dari Myanmar, semestinya t shirt adalah target utama. 




Selepas penat pusing dan usha awek Myanmar yang manis jelita memakai bedak sejuk di pipi, kami pun bertolak ke Bangkok.

Di Prachuap, isi minyak lagi sebanyak 1000 bhat, baru dapat 26L, adoiii. Berhenti makan di apa nama ntah, Tam Sake kalau tak silap. Sedap masakan makcikni tapi punya lah lambat.

Kota Bangkok


Sedang mencari arah di Kota Bangkok

Kota Bangkok ni sangat besar ye, dua kali ganda KL kot. Sampai di Samut Sakhorn isi minyak lagi 900 bhat, Masuk Bangkok terus ke Pasar Chatuchak pada sebelah petangnya, kami solat di tempat parking kereta dengan beralaskan tikar. Pasar Chatuchak ni sangat best untuk di lawati kerana konsepnya amat sesuai untuk santai mahupun mengintai ole ole bangkok, bahkan barang pelik pelik pun ado. Ketika sedang pusing pusing Kota Bangkok terasa cuak juga, kerana sebuah kereta malaysia pun tak kelihatan, paling last aku nampak di Koh Samui, tapi taklah sebanyak di Phuket atau Krabi, kalau di Kota Bangkok jangan mimpi la.

Dah lama aku nak tunjuk gambar ni kat korang, pelbagai jenis di jual di Pasar Chatucak ni, sila pilih: 








Selepas penat pusing di Pasar Chatuchak, oh ye pasar ni ada semua jenis barang ye, dari makanan, pakaian dan cenderahati sampailah ke buah hati sekali. setelah itu kami mencari hotel murah di kawasan sekitar. Kami menginap di Hotel Pradiphat dengan harga 1200 bhat, biliknya besar maka kami sumbat semua orang. Ada dua katil besar, semuanya aku bagi mak, adik dan anak-anak aje, aku dan isteri tidur kat ruang tamu beralaskan selimut.

Tapi malam tu sebelum mata beradu, aku dan isteri keluar merayap ke Kota Bangkok, orang lain semua penat dan nak berehat, kami pula tak reti nak berehat. Dapat merasa naik tut tut, kami pergi ke Talat Rot Fai ataupun Pasar Kereta Api, kat sini banyak barang rare boleh kita temui, dari buku lama, hingga kepada motor klasik, semuanya sedia untuk di jual. balik naik tut tut lagi, ternyata harganya sama walaupun tut tut yang berbeza, tak kena kencing la tu.




Talat Rot Fai / Pasar Kereta Api

3/6/2012 Pusing Kota Bangkok - Prachuap Khiri Khan (300km)

Ok bersambung lagi, ketika mula menulis yg 3hb ni aku baru balik Brunei, maka adalah semangat nak habiskan kisah Memandu ke Bangkok yang tertunggak sudah hampir lima tahun.

Pagi ni bila bangun aku lihat adik aku menangis teresak-esak, meminta supaya aku membatalkan niat untuk ke Chiang Mai, kerana jumlah cutinya tidak cukup. Maka dengan perasaan agak kecewa aku terpaksa mengalah. Jadi hari ni hanya pusing pusing dalam kota Bangkok dan berpatah balik ke Selatan melalui jalan Phuket-Krabi.

Selepas penat mencari kedai makan muslim, kami terjumpalah kedai makan yang kat celah celah lorong yang diusahakaan oleh warga Narathiwat, selepas itu kami melawat ke istana 'Dusit Palace' selepas itu ke pasar terapung di dalam Bangkok ni, kecil aje tak sebesar Pasar Terapung Damneng Saduak yang top itu. Setelah itu kami pusing China Town dan meletak kenderaan di kawasan sekitar untuk shooping window dan menaiki tut tut, ya.. kami semua menaiki tut tut, hanya pusing pusing sahaja.


 Tut tut jenis ni harga sama vios tu..

China Town

Setelah penat pusing kesana kemari, kami keluar dari Kota Bangkok menuju ke Phuket, Isi minyak di Samut Sakorn 830Bhat, setelah malam menjelma kami tidur di hotel berharga 500 bhat tetapi beliau memberi 800 B untuk dua buah bilik, hotel ini terletak di Prachuap Khiri Khan.

4/6/2016 Prachuap Khiri Khan - Ranong - Pan Nga - Phuket (574 km)

Dari Prachuap kami menelusuri jalan dalam, iaitu bukan jalan haighway ke phuket/krabi, aku pilih jalan ni kerana ia lebih mendamaikan dan mungkin aku dapat lihat banyak perkara di sepanjang perjalanan. Isi minyak 1280bhat dan setelah itu kami enjoy dalam perjalanan, singgah makan durian di tepi jalan sekitar Ranong, dan kami berhenti di sebuah air terjun yang cantik tetapi kami tidak mandi kerana semua penumpang tak nak mandi kecuali anak-anak je. Isi minyak sekali lagi di Pan Nga sebanyak 1000 bhat dan Setelah menikmati alam ciptaan Tuhan disepanjang perjalanan, kami berhenti tidur di salah sebuah hotel di Ban Tha Nun Phuket, di tanah besar ye sebelum naik jambatan ke Pulau Phuket sebab mata dah terlalu berat
 Berhenti di salah sebuah air terjun di Ranong, kelebihan ikut jalan dalam gini ler... kalau ada arwah Abah yg mungkin berdiri sebelah mak aku, mesti gambar ini lebih berharga... semoga Allah merahmatinya..

5/6/2016 Phuket- Krabi-Trang- Hatyai- Pattani (545km)

Bangun pagi ini kami semua tak mandi sebab hotel tak ade air, air cukup untuk berwudhuk aje, adoi.. lepas solat kami terus pecut ke Pulau Phuket. Tapi sayang seribu kali sayang kerana di sebelah pantai sini tidak sesuai untuk mandi bahkan terlalu bahaya untuk mendekati kawasan pantai kerana angin dan ombak terlalu kuat. Ingat ye jika nak ke Phuket, Krabi atau Trang jangan datang pada  bulan 5 atau 6 sebab rugi  tak boleh dan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk menghampiri kawasan pantai, semua pulau ditutup, kalau bulan sebegini elok ke pantai belah Kelantan iaitu ke Koh Samui. Tapi kalau bulan disember pulak dia terbalik ye.. Di Phuket kami terserempak dengan dua buah bas rombongan para guru dari Lembah Klang, mereka ke Phuket menggunakan kapal persiaran Star Cruse, tapi melopong je le mata kerana tak boleh mandi. Kami terserempak dengan mereka dan sempat bertegur sapa di Laem Phromthep.

Laem Phromthep



 Ada wifi ye di kawasan publik di Laem Phromthep
singgah makan ketika mula keluar dari Phuket

Oh ye, Laem Phromthep ni adalah tempat wajib jika ke Phuket, tidak sah atau tidak sampai anda ke Phuket jika tidak ke Laem Phromthep, ala ala tanjung gitu, cukup mendamaikan alam ciptaan Tuhan.

Setelah penat makan angin di Phuket kami bertolak balik ke Patani melaui Krabi, tetapi kami tidak masuk ke kawasan Aonang kerana suasananya sama iaitu tak boleh mandi manda, isi minyak di Krabi sebanyak 1400 bhat, seterusnya kami melalui Trang-Hatyai dan Sampai di Pattani sekitar jam 4.30 pagi. asalnya aku nak tidur di Hatyai, tapi mak aku cakap udah udah ler, balik terus.

Pattani - Bangi (609 km)

Setelah sehari dua di Pattani kami pun balik ke Bangi. Sekianlah tamat perjalanan kami dari Bangi ke Bangkok- Bangkok ke Bangi.
Ini laluan Trip yang aku buat, perjalanan di kira dari sempadan ye, kalau kira dari KL lagi jauh tu

Aku rasa sampai sini dulu untuk Trip pusing pusing siam ni, Memandu di thailand, atau memandu ke Bangkok. Tamat.. 5 tahun tertangguh,,hu hu..

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

1 comment:

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??